Tuesday 24 March 2009

Kepentingan Keluar Rumah

Asslamualaikumw wrh wbt,

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT, ana diberikan peluang untuk menjejakkan kaki di bumi germany ini pada sabtu lepas, bersamaan 21 March 2009. Perjalanan ana kali ini ditemani oleh dua orang adikku dari Greenwich, yakni Epi dan Pali. 

Pada perjalanan kali ini, ana tersedar akan kepentingan seorang dai'e untuk keluar dari rumah. Dalam nada lain, amatlah bahaya untuk seorang dai'e untuk sentiasa berada di dalam zon selesa. Apabila ana tiba di bumi germany ini, terasa semangat dakwah yang tetiba sahaj meloncat entah datang dari mana. Alhamdulillah...=) Hamba sangat bersyukur padaMu ya Allah! 

Selain daripada itu, apabila ana berjumpa dengan brothers malaysia lain yang belajar di Germany, barulah ana sedar betapa mahalnya ikatan ukhuwwah yang ana miliki di bumi UKEIRE umunya dan di bumi london khususnya. Sayang antum semua!! Mungkin kerana kita ini manusia, yang mudah lupa dengan nikmat yang kita miliki, jadi once kita jauh daripada nikmat-nikmat yang sentiasa ada dekat dengan kita, baru kita sedar betapa berharganya nikmat-nikmat tersebut. MashaAllah.. 

Ana yakin akhi pali dan epi juga banyak belajar daripada perjalanan kita di germany kali ini. Gembira hati ana melihat antuma gigih merancang dan berusaha untuk berkongsi apa yang antum dapat di bumi london dengan brothers seaqidah kita di bumi germany.

Nasihat ana, kepada ikhwah dan akhawat yang terasa iman antum semakin lemah, atau dalam nada lain, down semacam, keluarlah dari rumah antum! Berjalanlah di muka bumi Allah ini. Berdakwahlah di negara lain. InshaAllah, antum akan merasai suatu perasaan yang sangat best yang Alhamdulillah, ana merasainya pada masa ini dan amat ana hargainya.

Kepada ikhwah yang nak ikut ana ke germany, silalah bagitau ana yer, inshaAllah semuanya bisa diatur =D. Marilah kita sama-sama memperbaharui iman kita inshaAllah.

Waalaikum salam wrh wbt,
Salam ukhuwwah

Wednesday 4 March 2009

Sabar Adikku Sayang

Assalamualaikum wrh wbt,

Abang faham adik. Abang betul-betul faham perasaan adik sebentar tadi. Abang juga pernah mengharungi perasaan yang sama. Pada waktu ini, kadang kala, abang juga masih merasai perasaan itu. Bukan kita dah sama-sama belajar dan tahu, jalan dakwah ini memang susah adik, ianya tidak ditaburi dengan permaidani indah. Tapi, ianya penuh dengan ranjau dan duri tajam adikku sayang.

Adakah kita sangka kita telah beriman adik? Sedangkan Allah masih belum lagi menguji keimanan kita? Adik, dari hari pertama adik menjejakkan kaki ke bumi asing ini, abang sedar yang abang telah dianugerahkan oleh Allah sebutir mutiara yang sungguh bernilai harganya! Dari saat itulah, abang berjanji dengan diri abang untuk jaga mutiara nih betul-betul. Abang tak nak mutiara ini tercalar apatah lagi jauh dari hati abang ini. Biarlah diri abang yang tercalar... biarlah diri abang yang menderita, kerana abang mahu mutiara di tangan abang ini terus menyinarkan cahayanya ke seluruh pelusuk alam. Ketika itu, abang akan tersenyum riang adik.

Abang mengaku, dalam perjalanan abang menjaga adik, banyak masalah yang abang hadapi. Kadang kala, terasa nak futur jer dari jalan dakwah nih. Kadang kala, abang rasa nak serahkan adik pada peniaga mutiara lain sahaja. Tapi, abang hanya mampu mengungkapkan kata-kata itu sahaja, jauh sekali dari melakukannya. Alhamdulillah... kini, apabila abang melihat adik semakin berani menyinarkan cahaya adik kepada orang di tepi jalan. Melihat adik begitu, kesemua derita dan sedih abang hilang begitu sahaja.

Kini, abang sedar adik sedang di uji dengan satu ujian yang berat. Abang amat memahami kerisauan adik. Abang tahu sekiranya di beri pilihan, sudah pasti adik mahu terus menyinarkan cahaya adik kepada orang ramai. Tapi, pasti ada sebab yang membuatan adik hilang rasa kepercayaan adik pada diri sendiri.

Adikku sayang, jangan risau... senyumlah kembali.. senyuman adik itu sering kali menghidupkan hati abang ini. Abang tak nak melihat wajah adik menjadi harimau hutan adik. Baik-baik kacak, jadi harimau pulak. Hyeh.. Adik, abang janji yang abang akan jaga adik selagi abang masih lagi hidup di dunia ini. Selagi jasad masih dikandung badan adik. Selagi nafas masih belum terhenti, selagi itu abang akan cuba untuk menjaga dan membantu adik. Tidak akan sesekali abang biarkan adik keseorangan dalam mengharungi ombak dan taufan di lautan adik.

Sekiranya suatu hari nanti abang perlu mencalarkan diri abang ini untuk adik, pasti abang akan lakukan adik. Semoga kita akan jumpa di syurga Firdaus Allah swt kelak yer adik.

Abang sayang adik!

waalaikum salam wrh wbt,
salam ukhuwwah

Hikmah Dalam Memberi Nasihat

Assamualaikum wrh wbt,

Hikmah adalah satu perkataan yang sering ana berfikir mengenainya sejak kebelakangan ini. Mungkin antum juga tidak terlepas dari berfikir mengenainya di dalam hidup antum. Hikmah adalah sesuatu yang amat diperlukan apabila ana ingin memberi pandangan atau nasihat kepada seseorang mahupun apabila ana ingin menegur seseorang ikhwah.

Antum rasa kenapa?

Ana tidak menafikan kepentingan untuk kita memberi pandangan, nasihat dan teguran kepada seseorang. Namum begitu, ada sesuatu yang lebih penting daripada semua itu, yakni ukhuwwah!

Ukhuwwah.. Suatu perkataan yang tidak mampu untuk ana jelaskan maksud dan kesannya dengan kata-kata sahaja. Ianya adalah harta bernilai bagi manusia di dunia ini apatahlagi bagi dai'e yang berkecimpung di dalam arena dakwah.

Bagi ana, hikmah dalam memberi nasihat bermaksud perlunya ada keseimbangan di antara berlemah lembut dan berkeras. Berlemah lembut dalam erti kata supaya ikhwah tersebut tidak akan terasa hati dengan kata-kata ana. Sebab kadang kala, kata-kata mampu disalah-tafsirkan atau lebih teruk mengguriskan hati seseorang ikhwah tanpa ana sedari. Berkeras dalam erti kata supaya ikhwah tersebut sedar yang kita sedang memberi nasihat kepada dia. Ini kerana, sekiranya kita terlalu berlemah lembut dan terlalu menjaga hati, ada besar kemungkinan untuk ikhwah tersebut tidak sedar akan hakikat yang kita sedang menegur perbuatannya. Susah kan... hyeh.. tapi, inshaAllah, semoga Allah menunjukkan kita dengan cara berhikmah yang terbaik.

Kenapa ana mulakan blog ini dengan bercerita mengenai hikmah?

Ana takut sebenarnya untuk meluahkan pandangan, nasihat dan teguran ana di dalam blog ini, kerana kadang kala, penulisan ana bermaksud begini, tapi kemungkinan besar para pembaca akan menafsirkannya dengan maksud yang lain pula.

InshaAllah, semoga Allah jauhkan kita daripada perkara-perkara dan perasaan yang mampu mencalarkan ikatan ukhuwwah sesama kita, terutamanya sesama kita yang bekerja bersama-sama di jalan dakwah ini.

Akhir kata, selamat membaca.

waalaikum salam wrh wbt,
salam ukhuwwah